Auta 66 lelaki ponteng puasa


JOHOR BAHRU – Tanpa ada segan silu, 66 individu dikesan menikmati makanan dan minuman di tempat terbuka meskipun tahu berbuatan mereka mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Sakit perut, tidak larat serta faktor kesihatan antara alasan remeh yang diberikan mereka ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Ketua Penolong Pengarah bahagian penguatkuasaan JAINJ, Dzulkafli Mohamad berkata, kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu dikenakan tindakan saman sejak awal Ramadan hingga hari ini.

“Mereka dikesan melakukan perbuatan tidak menghormati bulan Ramadan apabila makan dan minum secara terbuka di tempat awam di restoran dan warung.



“Setakat hari ini, sebanyak 66 saman dikeluarkan di bawah Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana tidak menghormati Ramadan di seluruh negeri ini,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dzulkafli berkata, mereka yang disaman boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Jelasnya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Ujarnya, individu yang dikenakan tindakan saman ini perlu hadir untuk memberi keterangan di pejabat JAINJ sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.



“Setakat ini, masih belum ada individu yang didakwa di Mahkamah lagi. Penguatkuasaan ini akan diteruskan hingga penghujung bulan Ramadan.

“Sekali pun tidak boleh berpuasa makan di tempat yang tersembunyi. Jangan makan dikhalayak ramai,” katanya. K Online

Ramainya tak puasa…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker