Warga emas maut minum racun, tertekan akibat hutang


Tampin: Akibat tertekan selepas berhutang dengan along, seorang warga emas meminum racun di sebuah tanah rancangan di Gemas, dekat sini, Khamis lalu.

Lelaki berusia lewat 60-an itu meninggal dunia pada 2.41 petang tadi ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, rawatan mendapati pesakit meminum racun paraquat sebanyak 50 mililiter.

“Polis menjalankan siasatan dan didapati mangsa minum racun kerana mengalami tekanan emosi akibat berhutang dengan along sebanyak RM3,000,” katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, ketika siasatan, mangsa yang dirawat berada dalam keadaan stabil.

“Ketika itu, polis tidak buka kertas siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana mangsa berhadapan dengan beban psikologi atau tekanan yang dihadapinya,” katanya.

Anuwal berkata, berdasarkan keterangan, mangsa tidak pernah diugut oleh along, namun tertekan dengan beban hutang yang banyak.

Menurutnya, mangsa juga sebelum ini sering dinasihatkan anaknya untuk tidak terjebak dengan meminjam along tetapi mangsa berdegil.

Bagaimanapun, katanya, malangnya mangsa meninggal dunia petang tadi akibat kegagalan organ berfungsi berpunca minum racun yang merosakkan saraf dalaman. HM

Wanita kemurungan cuba bunuh diri berhampiran stesen minyak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker