Guru sudah tidak tahan, aduan kuarters dipenuhi najis burung tidak pernah dilayan

 

PETALING JAYA – Seorang guru mendakwa aduan yang dibuat berhubung keadaan siling sebuah kuarters kerajaan dipenuhi najis burung dan kelawar tidak dilayan pihak atasan.

Perkara itu yang didedahkan menerusi perkongsian di Twitter TheTehOriginal dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.

Menurut guru itu, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan bau busuk yang terpaksa dihidu setiap hari ketika pulang ke rumah.

“Letih buat aduan tapi jawapan yang dapat tiada bajet. Balik tadi buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah. Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu suluh pengawal dan panjat siling kuarters.

“Jadi aku ambil video dan gambar bahagian atas siling rumah. Biar mereka melihat walaupun tak merasainya. Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melawat kawasan,” katanya hari ini.

Kata guru itu, dia juga telah membuat rayuan agar kerja membaik pulih siling kuarters berkenaan disegerakan, namun hanya menerima alasan yang sama.

“Setiap kali aduan tiada pihak yang turun melihat dengan mata kasar. Sekurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ yang aku hadap setiap hari,” jelasnya

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker