Dulu Kau Sado, Sekarang Jadi Lembut Pula
Seorang pengadil yang berani, Sapir Berman melakukan penampilan baharu sebagai seorang wanita dan akan menjalani pembedahan penukaran jantina daripada lelaki kepada wanita.
Pengadil Israel berusia 26 tahun itu dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki dan pernah mengendalikan perlawanan penting namun kini akan memulakan tugas sebagai seorang pengadil wanita.
Pada sidang media minggu ini, dia mendedahkan berasa terharu kerana menerima sokongan dari komuniti bola sepak Israel.
Selepas mula menjadi ‘seorang wanita’ sejak tiga bulan lalu, Berman memberitahu wartawan: “Saya sentiasa melihat diri saya sebagai seorang wanita sejak zaman kanak-kanak lagi.
“Saya sedar masyarakat tidak akan menerimanya dan segala-galanya tidak akan memihak kepada saya. Jadi, saya terus begini selama hampir 26 tahun.
“Kemudian saya ambil keputusan untuk menunjukkan siapakah sebenarnya diri saya,” katanya.
Berman terharu dengan sokongan orang sekelilingnya apabila berkata: “Ia menunjukkan terdapat perubahan pemikiran dalam masyarakat.”
Persatuan Bolasepak Israel juga memberi sokongan kepada Berman atas imej baharunya itu.
Sumber: The Sun UK
You must be logged in to post a comment.