Selebriti Ini Pilih Anggota Polis Sebagai Pasangan Hidup
Ada yang sudah sekian lama mendirikan rumahtangga dan tidak kurang juga akan bergelar pasangan pengantin tidak lama lagi
Mereka merupakan antara selebriti di Malaysia yang memilih anggota polis sebagai pasangan hidup. Ada yang sudah sekian lama mendirikan rumahtangga dan tidak kurang juga akan bergelar pasangan pengantin tidak lama lagi.
Pilih Anggota Polis Sebagai Pasangan Hidup
Berikut Murai.my tampilkan lima selebriti yang memilih anggota ‘frontliners’ ini sebagai pasangan hidup mereka.
1. Tushee
Suatu ketika dahulu, di era 80 dan 90an rata-rata pasti mengenali dengan penyanyi Tushee Aris. Dia yang terkenal dengan lagu Amboi Malu mula memperlahankan karier seninya setelah mendirikan rumah tangga bersama seorang pegawai polis. Difahamkan, Tushee yang kini sudah berhijab sepenuhnya mempunyai dua orang cahaya mata
2. Raja Afiq
Pelakon, Raja Afiq,27 pilihan hatinya, Soffwany Yusoff,32 sah bergelar pasangan suami isteri pada September tahun lalu.
Memilih ‘akak polis viral’, Soffwany merupakan anggota Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasangan ini mula berkenalan melalui Instagram (IG).
3. Mamat Sepah
Siapa sangka, tiga kali menangguhkan perkahwinannya, pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Diana Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Nana dengan sekali lafaz pada 1 Mac 2020.
Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu.” Ujarnya menerusi Astro Awani.
4. Serina Redzuawan
Pelakon dan pengacara,Serina Redzuawan, 39 baru sahaja bernikah kali kedua dengan memilih pegawai polis, Meor Mohammad Aidid sebagai pasangan hidup. Bagaimanapun, pernikahan mereka mencetuskan kontroversi apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan bapa Serina yang juga chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan.
5. Sheera Iskandar
Sheera Iskandar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheera dalam drama Gerak Khas berkongsi khabar gembira apabila mendedahkan bakal mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya yang merupakan seorang anggota Polis.
Jelas empunya nama sebenar Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra ini mereka mula berkenalan ketika dia sedang menjalani penggambaran tidak lama dahulu.
“Gerak khas akan sentiasa dekat di hati, Sheera hargai sangat sebab dari Gerak Khas juga Sheera berjumpa dengan bakal suami Sheera yang juga seorang anggota Polis sewaktu menjayakan episode OPS Labuan.
Gerak Khas dah tamat, doakan Sheera teruskan kehidupan sebagai isteri Polis pula. #goodbyeInspektorSheera” kongsinya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram-Murai.my
You must be logged in to post a comment.