Pelampau Hindu diperintah bayar pampasan RM150 ribu kepada Dr. Maza



Sebaran :

Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan seorang individu Arunakirinathan Thillainathan membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Peguam Mohd Asri, Meor Amir Meor Omar Baki, berkata hakim Ishak Bakri membenarkan tuntutan plaintif terhadap saman fitnah yang difailkannya.

Defendan juga, kata Meor Amir, diarahkan membayar kos RM20,000 kepada Mohd Asri.



Mohd Asri pada 25 Februari 2019 memfailkan saman fitnah terhadap hantaran Arunakirinathan di Facebook pada 26 dan 27 November 2018.

Hantaran itu antara lain mendakwa Mohd Asri ingin menghancurkan kuil dan terlibat dalam penculikan seorang pastor.

Sementara itu, Meor Amir memberitahu Malaysiakini, mahkamah turut mengarahkan defendan memohon maaf secara terbuka dalam berita akhbar utama pilihan plaintif dan melalui akaun Facebook Arunakiri Nathan dan Arunakiri Nathan II.



Dia juga diminta dan menarik balik kedua-dua posting yang memfitnah, termasuk mana-mana posting yang memetik plaintif secara langsung atau tidak langsung.

“Selain ituMahkamah juga membenarkan suatu injuksi kekal menghalang defendan daripada bercakap, menerbitkan, menghasut bagi tujuan penerbitan atau menyebabkan penerbitan sebarang posting yang memfitnah dan merujuk kepada Plaintif sama ada secara lisan atau secara bertulis,” kata Meor Amir.

Mohd Asri turut diwakili Nur Anis Binti Abdul Rani daripada Tetuan Raja Faisal, Iqbal & Meor.




Sebaran :


Leave a Reply