Biodata Artis Ismail Izzani

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Ismail Izzani yang di kemaskini pada 28 Apr 2021. Ismail Izzani atau nama sebenarnya Ismail Izzani bin Zainal Nazeri (lahir 13 April 2000) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan juara dalam pertandingan di YouTube. Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran 1980-an, Datin Suliza Salam.

Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul “Sabar” hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin meniti di bibir pendengar. Sehingga Ogos 2017, video muzik lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari lalu.

Sebelum Ismail menceburkan dirinya dalam bidang nyanyian, dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Taman Ilmu dan Budi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, dia mula mengikuti pembelajaran secara ‘home schooling’ (belajar dari rumah) untuk memastikan jadual kerjaya dan pelajarannya berjalan seriring dan tidak bertembung.



Beliau sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017. Kesibukan dalam bidang nyanyian tidak membataskannya untuk belajar, kerana dia memilih untuk mengikuti kelas secara peribadi di rumah. Bagaimanapun, perkara ini memerlukan dia membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian, sungguhpun ia tidak sesekali menghalangnya untuk meneruskan minat ini.

Namun, Ismail tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran seperti yang diberitahu oleh ibunya, Suliza Salam kepada pihak Utusan Online.

Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin dan Rezki Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.

Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala-ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke Youtube pada 15 Mac 2018.



Ismail juga turut berkecimpung dalam bidang lakonan, memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Batang Buruk Lesung Batu, seterusnya membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas dan Lelaki Lingkungan Cinta.

Ismail Izzani
Latar belakang
Nama lahir Ismail Izzani bin Zainal Nazeri
Kelahiran 13 April 2000 (umur 21)
Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Genre
  • Pop
  • balada
  • R&B
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2017–kini
Syarikat rakaman
World Peace Entertainment
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Alif Abdullah, Andi Bernadee, Naim Daniel

FOTO



 

 



Tak Fikir Kahwin Muda – Ismail Izzani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker