Berani Kerana Benar – Selepas Disaman 3 Juta Akhirnya Awal Ashaari Dedah Perbualan WhatsApp

Nampaknya, kemelut antara Awal Ashaari dengan syarikat hiasan dalaman dan perabot makin berlarutan selepas Naz Carpentry menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, pengacara terkenal itu menafikan ada menerima sebarang dokumen mahkamah di Instagramnya.

Suami kepada Scha Alyahya itu turut berkongsi perbualan seorang pelanggan bersama syarikat itu.




Malah, Awal turut mengotakan kata-katanya sebelum ini dengan mendedahkan sebahagian paparan skrin perbualannya dengan pengasas Naz Carpentry, Azrianna Alyssa sebagai bukti.

“Konon kata saya fitnah dan malukan dia. Ini bukan fitnah ya, ini sebagai pengajaran.

“Jangan ambil kesempatan di atas kesempitan orang,” tulisnya.



Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.

Awal Ashaari disaman RM3juta akibat keluarkan kenyataan fitnah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker