‘Vaksin AstraZeneca’ tiba di Malaysia dua bulan lebih awal daripada jadual

Vaksin AstraZeneca telah tiba di Malaysia dua bulan lebih awal daripada jadual.

Perkara ini disahkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, yang memaklumkan sebanyak 268,800 dos vaksin itu tiba semalam.

AstraZeneca adalah vaksin Covid-19 yang ketiga tiba di Malaysia selepas Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

Secara umumnya pemberian vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac di negara berjalan lancar setakat ini. Bagaimanapun, terdapat sejumlah laporan berkenaan vaksin AstraZeneca sebelum ini.

Pihak penyelia di UK dan Kesatuan Eropah (EU) telah mendapati kes terpencil gumpalan darah berkaitan vaksin tersebut.

Mereka menyimpulkan walaupun terdapat kemungkinan kaitan vaksin itu dengan gumpalan darah, manfaatnya masih melangkaui risiko jangkitan Covid-19 bagi kebanyakan orang.

Ketika dihubungi, Adham berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan vaksin itu.

“Keselamatan, kualiti dan keberkesanannya telah dipertimbang dalam kelulusan oleh NPRA,”

Dos kedua vaksin Covid-19, 495,750 individu telah lengkap

Adham berkata lagi, vaksin AstraZeneca diperoleh menerusi Covax, iaitu inisiatif berkaitan Pertubuhan Keselamatan Dunia (WHO) bagi menjamin akses vaksin Covid-19 di peringkat global.

Katanya, bekalan yang tiba semalam daripada fasiliti AstraZeneca di Korea Selatan.

“Penghantarannya dikendalikan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).

Pada 6 April lalu, Adham berkata kerajaan akan menggunakan vaksin AstraZeneca memandangkan data klinikal menjurus kepada “kebaikan berbanding kemudaratan”.

Dua hari kemudian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menjelaskan pendirian itu dibuat sebelum laporan Agensi Perubatan Eropah (EMA) berkaitan kemungkinan kaitan vaksin itu dengan gumpalan darah, dan ia akan dipertimbang semula.

“Dalam kes ini, sebelum pengumuman (EMA), pendirian kita adalah seperti dinyatakan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dua hari sebelumnya yang kita akan teruskan dengan vaksin Astrazeneca.

“Bagaimanapun, pendekatan paling selamat adalah untuk merujuk semula kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berdasarkan maklumat semasa yang diterima daripada EMA,” katanya.

Pada masa itu, kerajaan menjangka vaksin tersebut tiba pada Mei. Sebelum itu, ia dijadual tiba pada Jun.

 

Shahidan Kassim Akhirnya Gugur Jua

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker