Shahidan Kassim Akhirnya Gugur Jua



Sebaran :

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan dari jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis berkuatkuasa serta-merta.“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim digantikan kepada YAB Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis.

“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau,” katanya.

Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan “Adalah dimaklumkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim digantikan kepada YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis. Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini. Dirakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim atas khidmat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.”



Pengguguran jawatan Shahidan sudah dijangka oleh banyak pemerhati politik berikutan kelantangan beliau mempertikai hala tuju UMNO dibawah kepimpinan Ahmad Zahid.

Pengguguran ini juga dilihat ada kena mengena dengan tindakan Shahidan Kassim membuat laporan polis mengenai rakaman perbualan telefon kononnya antara Ahmad Zahid dan Anwar selepas namanya disebut.

Jawatan ketua UMNO Negeri adalah hak preogratif Presiden UMNO.




Sebaran :


Leave a Reply