Biodata Aktor Hans Isaac

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Hans Isaac yang dikemaskini pada 24 Apr 2021 YH Dato’ Gerald Hans Isaac (lahir 20 Ogos 1971) ialah seorang pelakon, penerbit, juruacara, penulis serta pengarah TV dan filem Malaysia. Beliau juga pernah melibatkan diri sebagai seorang model.

Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac dan Gerald Edward Anthony Isaac. Keluarga Carmina yang berketurunan peranakan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan peranakan India-Serani, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.

Keluarga Isaac menetap di Johor selama lapan tahun sebelum berpindah ke pangkalan KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika Hans berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun apabila bapanya dilantik sebagai pembantu khas kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara sehingga persaraannya. Di bandar itu jugalah beliau menerima pendidikan awalnya di Institusi St. John.

Hans juga merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif syarikat miliknya, Tall Order Productions Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat produksi filem dan program televisyen.

Dato’ Hans Isaac
DIMP (Pah)
Pusat pendidikan Institusi St. John, Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model, pengarah, penulis, penerbit, pengacara
Tahun aktif 1995–kini
Pasangan Aileen Gabriella Robinson (dibatalkan)
Ibu bapa
  • Gerald Edward Anthony Isaac (bapa)
  • Carmina Isaac (ibu)
Pengerusi FINAS
Dalam jawatan
8 April 2019 – 22 Mei 2020

FOTO

VIDEO

Hans Isaac bakal cabar Zuraida di Ampang?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker