Biodata Artis Kaka Azraff

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Artis Kaka Azraff yang telah dikemaskini pada 22 Apr 2021. Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa “Kaka” Noor Azraff (Jawi: كاک ازرف; lahir 20 Mei 1989) merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.

Kaka dilahirkan pada 20 Mei 1989 dan berasal dari Klang, Selangor. Beliau juga merupakan anak saudara Ratu Rock negara, Ella.

Pada 14 Disember 2018, Kaka sah bergelar isteri kepada ahli usahawan iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz.



Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu “Bawaku Pergi” dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut  namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu.

Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ella. Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa produser namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.

Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim Ke- 2 tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As’ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.



Kaka Azraff
Kelahiran
Nor Atiqa binti Noor Azraff

20 Mei 1989 (umur 31)

Klang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif 2012-kini
Pasangan Adam Azriff (k. 2018)
Ibu bapa
  • Noor Azraff Aminuddin (meninggal dunia) (bapa)
Saudara Ella (ibu saudara)
Kerjaya muzik
Genre Pop, R&B
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Uprising Entertainment
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Sleeq, Awi Rafael

FOTO



VIDEO

 



Dahulu saya picisan – Kaka Azraff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker