Sidang Parlimen halang kerajaan buat keputusan sesuka hati

PASIR GUDANG – Sidang Parlimen perlu diadakan ketika ini bagi menghalang kerajaan membuat sebarang keputusan sesuka hati.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, sebagai contoh, keputusan menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk membeli vaksin tidak wajar.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk atau mendapat kebenaran Parlimen yang ketika ini digantung.



“Kalau Parlimen tidak bersidang kerajaan boleh buat (keputusan) sesuka hati, buat ordinan darurat dan pelbagai lagi. Sekarang ini kerajaan pinda undang-undang dan mahu guna wang KWAN untuk beli vaksin.

“Wang dalam KWAN tidak boleh diusik. Kalau nak beli vaksin kita sudah setuju RM3 bilion sebelum ini, ke mana duit ini pergi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga barang basah di Kipmall Masai, di sini pada Sabtu.

Buka Sekolah Tergesa-gesa, Menteri Pendidikan Yang Gagal Wajar Letak Jawatan



Pada Rabu kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.

Mengenai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis memperkenankan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap baginda, Hassan berkata, itu satu perkembangan positif.

Hassan berkata, darurat perlu segera ditamatkan dan semua ahli Parlimen sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) termasuk wakil rakyat Bebas perlu menyokong usaha menamatkan darurat.



 

[VIDEO] Ayob Khan tunjuk aksi tebar roti canai

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker