Lelaki hantar surat layang kecam masjid dan hina Melayu direman



Sebaran :


Seorang lelaki direman empat hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes surat layang berunsur kecaman yang ditujukan kepada Masjid Jamek Bahau serta menghina orang Melayu yang kemudian ditularkan menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt. Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman ACBE di Seremban pada 10.10 malam tadi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

“Polis turut merampas beberapa helai kertas dan sampul surat yang disimpan di dalam kabinet dapur di rumah itu yang dipercayai mempunyai kaitan dalam kes surat kecaman terhadap Masjid Jamek Bahau dan menghina Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Hoo berkata berdasarkan siasatan, lelaki itu diberhentikan kerja oleh majikannya iaitu sebuah kopitiam di Bahau, kerana masalah disiplin selain sering memarahi pelanggan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bernama



Laporan polis dibuat terhadap Mahathir berhubung isu ‘Melayu dan raja’


Sebaran :


Leave a Reply