[VIDEO] Resepi Biskut Almond London Yang Sedap Penyeri Hari Raya
Walaupun tahun ni cara kita sambut raya masih sama mcm tahun lepas, tak salah kalau kita terus cuba untuk memeriahkan suasana Raya dalam musim covid ini
Jadi, jom tengok macam mana Che Nom sediakan biskut yang tak asing lagi, iaitu biskut Almond London.
Bahan utama ialah kekacang almond yang dibakar, dan disalut dengan adunan doh biskut yang lemak, gebu dan rangup… dicelup dalam cairan coklat dan kemudian ditabur dgn hiasan badam cincang.
Anggaran hasil : 125 biji biskut
Bakar pada 170 °C selama 10-15 minit, API ATAS BAWAH
Coklat masakan : Che Nom guna Beryl’s (dark or milk compound.. Dua-dua boleh)
**bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond
**Boleh ganti majerin (Planta, dsb)
Oleh: Che’ Nom
- Masa Penyediaan: 1 jam 30 m
- Masa Memasak:10 minit
- Jumlah Hidangan:125 biji biskut
Bahan-Bahan:
- 250g biji badam
- 100g badam cincang
- 250g mentega
- 94g / 3/4 cawan icing sugar
- 2 biji kuning telur
- 250g /2 cawan tepung gandum
- 200g / 4/5 cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
- 2 sudu besar tepung beras
- 50g / 1 1/3 serbuk kepingan jagung atau boleh ganti serbuk badam
- 2 sudu besar susu tepung
- 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
- 1-2 sudu besar shortening
Cara-cara
- Bakar badam dan badam cincang.
- Bakar biji badam pada suhu 150 °C selama 10 min.
- Badam cincang masak lebih cepat dari biji badam, jadi keluarkan lebih awal.
- Kisar halus cornflake.
- Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras.
- Pukul butter dengan gula ising.
- Masukkan telur kuning.
- Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
- Masukkan serbuk cornflake dan susu tepung.
- Uli sehingga dapat adunan yang lembut dan mudah dibentuk.
- Rehat doh 10 minit.
- Bentukkan doh, cubit sikit, leperkan, letakkan badan di tengah dan tutup.
- Uli memanjang (dalam 2 cm panjang).
- Susun atas dulang yang telah digris dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 170 °C.
- Bila dah siap bakar, keluarkan dan sejukkan atas cooling rack.
- Cairkan coklat masakkan mengunnakan teknik double boil.
- Tambah lemak sayuran atau shortening kedalam coklat tadi.
- Bila cair sempurna angkat dan bolehlah celupkan biskut tadi.
- Celupkan biskut tadi mengunnakan penyepit dan masukkan kedalam cawan kertas.
- Anda boleh tuang coklat kedalam cawan kertas, ikut cara mana yang anda suka.
- Tabur dengan badam cincang dan sejukkan sepehunyan dulu sampai coklat beku sebelum masukkan kedalam balang kedap udara.
Tips:
- Panggang badam hingga naik bau minyak badam dan alih-alihkan dalam oven sekali masa tengah bakar
Credit: Che Nom
https://youtu.be/4z89q1IOcj0
You must be logged in to post a comment.