Lagu raya judi lebih sedap daripada lagu raya Aina Abdul?

Kuala Lumpur: “Sedap lagi lagu raya judi ni daripada lagu raya Aina Abdul tu.”

Itu ciapan seorang pengguna akaun di Twitter yang didakwa ditujukan terhadap lagu raya terbaharu penyanyi, Aina Abdul berjudul Syukur Lebaran yang dilancarkan pada 15 April lalu.

Aina, 28, berkata, lagu ciptaan bersama Sarry Khaled dan Wan Zakaria itu tidak perlu dibanding-bandingkan kerana sesebuah lagu itu pastinya ada kelainan tersendiri.



“Bagi saya, ia tidak boleh dibanding-bandingkan. Ini kerana persiapan untuk hasilkan sesebuah lagu itu juga berbeza-beza. Pada netizen yang komen macam itu, mungkin mereka melihatnya dari satu sudut saja.

“Saya buat lagu untuk mereka yang menyokong. Kalau nak kritik, ada cara yang lebih baik. Kalau kritik jenis yang ‘direct’ seperti itu, maksudnya seperti mahu mengaibkan saya. Jadi saya tak nak layanlah.

“Tidak perlu nak bandingkan pun sejak awal lagi. Bukanlah tidak boleh, tetapi cara itu menunjukkan macam ada yang tidak suka saya. Mungkin belum dengar lagu itu elok-elok, tetapi terus menghakimi.

“Nak kritik boleh, ada banyak caranya. Misalnya kalau ada yang kata mereka ada DM (direct message) tetapi mungkin saya tak baca, tapi ruangan komen di Instagram, saya boleh baca. Ada warganet yang komen atau kritik saya dengan cara baik di ruangan itu,” katanya.



Berkongsi mengenai sambutan lagu itu, Aina berkata, dia mendapat maklum balas baik dan menghargai mereka yang menyukai single itu.

“Alhamdulillah, pada saya ini lagu raya saya yang paling cepat naik. Saya sedar, saya bukanlah penyanyi yang apabila muat naik di YouTube, jumlah tontonannya akan mencapai sejuta dalam masa singkat. Prosesnya perlahan tetapi ‘views’ itu organik, saya tahu siapa yang tonton,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aina merancang untuk mengadakan persembahan khas buat peminat pada hujung tahun ini.

Selain itu, lebih banyak perkongsian menarik Aina dalam program Buat Apa Tew? yang ditayangkan di saluran YouTube Harian Metro.



AJL35: Hattan kecewa senarai lagu, juri perlu fikir luar kotak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker