Masihkah Kau Ingat Dengan ‘Peragut’ Wan Maimunah? Kini Jalankan Bisnes Sambal Ragut

Meskipun sudah 20 tahun berlalu, namun iklan yang menunjukkan adegan primadona Wan Maimunah diragut oleh seorang lelaki masih segar diingati.

‘Peragut’ Kini Jual Sambal

Tahun lalu, Wan Maimunah ketika ditemui Murai.my di sebuah majlis pernah meluahkan hasratnya untuk bertemu kembali dengan lelaki yang menjadi ‘peragut’ itu. Selepas tularnya mengenai kisah tersebut, akhirnya peragut yang dikenali sebagai Mohd Uzreen Mohd Kassim berjaya ditemui hasil perkongsian netizen di media sosial.

Terbaru, Uzreen telah diguna pakai sebagai wajah komersial bagi perniagaan oleh seorang individu. Dikenali sebagai Imam Tua Sham Chilavert di laman Facebook, menurutnya dia sudah lama merancang untuk menggunakan wajah Uzreen. Hasil perbincangan bersama, nama Sambal Ragut tercipta dan rata-rata pengguna laman itu menyambut baik promosi sambal tersebut.

“Idea Sambal Ragut ni tak datang spontan. Memang dah lama aku plan nak buat sesuatu yang menggunakan muka Abang Hashim dan melibatkan owner muka Uzreen Kassim secara langsung”

“Sebelum ni buat T Shirt Abang Hashim tak melibatkan raja ragut ni secara langsung. Jadi idea jual sambal ni dah keluar awal. Cuma aku taktau dari mana nak mula. Sampai la aku lepak manjang dengan peragut tu, aku cadangkan pakai muka dia komersialkan sambal”

“Dia kata asal jadi duit on aje. So macam-macam la keluar dalam kepala. Sambal Hashim, Sambal Handbag, Sambal Ragut. Akhirnya aku pilih Sambal Ragut dengan Hashim maskotnya, dan tagline “Meragut Diet Anda”.
Aku cakap kat Abang Hashim, kau tadah muka je bang, lain semua aku urus kahkah” tulisnya

https://mykmu.net/2020/12/07/video-peragut-terharu-aksinya-diingati/

Ingin Lakonkan Semula Babak Ragut 

Menariknya, dia juga ingin mencari semula Wan Maimunah untuk  lakonkan semula babak ragut bagi tujuan komersial sambal tersebut.

“Sekarang ni dalam proses mencari Wan Maimunah untuk lakonkan kembali scene ragut tu tapi untuk tujuan komersial. So kalau tak dapat terpaksa la aku cari Wan Maimunah versi lawa. Kalau takda juga pegi mampus la, aku sendiri jadi Wan Maimunah. Free pun free” katanya lagi

Sekadar info, Uzreen ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan sekitar tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.-MMy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker