Seluruh Kelantan kena PKP



Sebaran :

 

PUTRAJAYA: Selepas tujuh jajahan di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 16 Julai lalu, kini baki tiga lagi jajahan di negeri itu dilaksanakan PKP mulai esok melibatkan Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, sekali gus seluruh Kelantan kini telah berada dalam perintah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di negeri itu termasuk tiga lagi jajahan.

Sebelum itu, PKP sudah dilaksanakan di Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Machang selama dua minggu sehingga 29 April ini, namun berlaku peningkatan kes aktif sebanyak 83.9 peratus di baki tiga jajahan dalam tempoh 14 hari lalu daripada 18 kes kepada 112 kes.



Justeru katanya, setelah dibuat penilaian risiko dengan pelbagai agensi, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di tiga jajahan itu dan akan berakhir serentak dengan tujuh jajahan lain.

“Pelaksanaan PKP ini jelas beliau, untuk mengawal pergerakan penduduk di setiap jajahan bagi mengelakkan berlaku penularan jangkitan baharu wabak Covid-19 ke kawasan lain pula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surau tidak dibenar laung azan guna pembesar suara

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, tiga taman perumahan di Daerah Lahad Datu, Bahagian Tawau, Sabah dikenakan PKP Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 5 Mei ini melibatkan Taman Aman 3, Taman Aman Jaya dan Taman Palm Height yang secara keseluruhan sebanyak 45 kes positif sudah direkodkan di tiga lokaliti tersebut.



Kementerian Kesihatan ujar beliau, melaporkan penularan kes dalam kalangan penghuni taman berkenaan dan kebanyakan kes baharu pandemik itu membabitkan jangkitan serumah.

Dalam pada itu, katanya, PKPD di Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Daerah Pekan, Pahang yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan lagi sehingga 29 April susulan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk dan terdapat 47 sampel daripada 545 ujian saringan dilaksanakan sedang menunggu keputusan makmal.

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan PKPD di Kampung Menuang Baru, Bahagian Limbang, Sarawak bakal ditamatkan seperti dijadualkan pada 24 April ini.



“Keputusan makmal untuk proses saringan kedua didapati kesemuanya adalah negatif dan tiada lagi sampel saringan baharu yang masih menunggu keputusan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Pendekatan Low Class: Kementerian arah dan pantau kakitangan ‘like’ media sosial menteri


Sebaran :


Leave a Reply