Belasah pengawal peribadi, majikan dituduh esok

PETALING JAYA:  Majikan yang ditahan kerana menampar, memukul dua pengawal peribadinya yang berpuasa selain mengacukan pistol ke arah mereka akan didakwa esok.

Lelaki berusia 43 tahun itu akan menghadapi empat pertuduhan.

Ketua Polis Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan perkara itu.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan suspek yang juga ahli perniagaan direman tiga hari di Ibu pejabat Daerah Dang Wangi susulan laporan yang dibuat oleh mangsa.

Dalam kejadian pukul 10 malam di lobi Residensi One KL, Jalan Pinang di sini, ahli perniagaan itu didakwa  bertanya sama ada kedua-dua mangsa berpuasa dan apabila diberitahu yang mereka berpuasa, suspek terus menampar dan memarahi mereka.

Pendekatan Low Class: Kementerian arah dan pantau kakitangan ‘like’ media sosial menteri

Kedua-dua mangsa kemudian mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang, Selangor, sebelum mereka dipukul dengan sebatang rotan serta diacu pistol milik seorang mangsa.

Kedua-dua mangsa adalah pekerja syarikat keselamatan, GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd dan suspek mendapatkan khidmat mereka sebagai pengawal peribadi daripada syarikat terbabit.

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Tangkapan itu turut membongkar sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ serta judi haram kumpulan itu.

Turut ditemukan sejumlah 12,500 keping wang tunai $100 dolar Amerika Syarikat (AS) serta 100 keping jongkong emas dengan berat satu kilogram sekeping. – UTUSAN

Seluruh Kelantan kena PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker