Tuntutan palsu RM20 juta bekal makanan pelajar, penyelia asrama direman

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penyelia asrama sebuah sekolah di Kota Tinggi, atas kesalahan membuat tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar sekolah bernilai hampir RM20 juta.

Menurut sumber SPRM Johor, hasil siasatan dijalankan mendapati suspek bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan berhubung kontrak pembekalan makanan yang dimasak untuk pelajar.

“Suspek membuat tuntutan berhubung kontrak berkenaan bagi tahun 2015, 2018 dan 2020 dengan jumlah tuntutan hampir RM20 juta yang mana pembekalan makanan tersebut meragukan,” katanya.



Sumber itu berkata, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor pada 10 malam tadi untuk membantu siasatan.

Anwar selar Putrajaya terlampau lembab peroleh bekalan vaksin

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan suspek direman enam hari, bermula hari ini.



“Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Izzaty Mohammad Zahari.

“Kes disiasat bawah Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya.

 

MKT Umno mesyuarat 25 April, bincang pemilihan parti, masa tarik sokongan terhadap PN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker