MKT Umno mesyuarat 25 April, bincang pemilihan parti, masa tarik sokongan terhadap PN



Sebaran :

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dijadualkan bermesyuarat Ahad ini, dijangka membincangkan waktu sesuai untuk mengadakan pemilihan parti dan penarikan sokongan Umno kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber Umno memberitahu FMT, perkara paling utama dalam agenda mesyuarat itu adalah pemilihan parti yang kini menjadi perbualan hangat di dalam dan luar parti.

MKT akan berbincang sama ada “pemilihan parti diadakan tahun ini atau tidak. Jika keadaan pandemik Covid-19 belum reda, pemilihan dijangka diadakan selewat-lewatnya Disember tahun depan,” kata sumber itu.



Sumber itu juga berkata, MKT akan berbincang mengenai waktu sesuai untuk Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan PN.

“Mengenai isu menarik semula sokongan terhadap PN, saya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan dibangkitkan pucuk pimpinan tertinggi, (iaitu) sama ada (Umno) mahu kekal menyokong (PN) sehingga darurat tamat atau tarik sokongan lebih awal,” katanya.

Mahathir, Anwar dijangka mengadap Agong hari ini

Beliau berkata, perkara itu penting kerana ada pihak tertentu dalam parti yang mahukan Umno menarik balik sokongan sebelum tempoh darurat tamat pada 1 Ogos dan tidak menunggu sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.



Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, setakat ini belum memberikan sebarang petanda bila pilihan raya umum akan diadakan. Beliau cuma menegaskan pandemik Covid-19 harus terkawal sebelum pilihan raya boleh diadakan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, pada perhimpunan agung Umno bulan lalu berkata, perwakilan memberikan mandat untuk parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN pada bila-bila masa.

Zahid yakin apabila Umno keluar daripada kerajaan PN, pemimpinnya yang menjadi menteri dan menyandang jawatan kanan lain dalam kerajaan, akan mendukung keputusan berkenaan serta meletak jawatan.



Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan PN selewat-lewatnya Ogos, sekalipun Parlimen tidak dibubarkan ketika itu untuk PRU15.

Tarikh Akhir Hayat Kerajaan PN Adalah 25 April 2021?


Sebaran :


Leave a Reply