Mahathir, Anwar dijangka mengadap Agong hari ini



Sebaran :


Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat akan menghantar surat kedua kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi memohon perkenan baginda untuk menerima petisyen rayuan menamatkan darurat.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam memaklumkan hal tersebut dalam sidang media ‘Darurat dan Mudarat Ekonomi’ di Hotel Tamu di ibu negara hari ini.

Katanya, ia berkaitan surat permohonan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum terhadap kesan darurat kepada ekonomi negara.



Turut dijemput untuk menyertai rombongan ke Istana Negara adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Rombongan dijadualkan akan berada di Pintu 3, Istana Negara jam 3 petang ini.

‘Grand Coalition’ tidak akan dicapai, Pergaduhan Mahathir dan Anwar adalah beban – Penganalisis Politik


Sebaran :


Leave a Reply