Rentas negeri, hanya hari – hari ini diluluskan oleh PDRM

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak akan diluluskan, namun ia tidak termasuk bagi urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

“Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja; perubatan; pendidikan serta pasangan jarak jauh,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis jamuan adalah dilarang.

Anggota trafik maut motosikal terbabas berhampiran tol Jambatan Pulau Pinang

“Aturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri. Mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Acryl Sani berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke semua lokasi bazar Ramadan dan pasar malam bagi memastikan masyarakat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, kita akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan-kawasan tersebut dihentikan,” katanya. SH

 

Harga Buffet Ramadhan Untuk Pakej Berbuka Puasa Murah di Seluruh Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker