Anggota trafik maut motosikal terbabas berhampiran tol Jambatan Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang kiri jalan berhampiran laluan motosikal di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.05 petang ketika mangsa, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, dipercayai dalam perjalanan dari Perai menuju ke Pulau Pinang melalui jambatan.

Katanya, mangsa madalah anggota polis trafik yang bertugas di Kuala Muda, Kedah, namun beralamat di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, dekat sini.



Mangsa didakwa dipukul polis mati lepas lebih sebulan di ICU

“Siasatan awal mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus dan mempunyai satu lorong sahaja. Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu bagaimanapun dipercayai terbabas sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Tambah Shafee, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE



Azmin, jangan kacau Tanjung Karang, kata Noh Omar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker