Resepi Puding Karamel
Resepi Puding Karamel Kukus Mudah Dan Sedap
Sejak hari Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, masing-masing giat mencari idea untuk memasak antaranya pastilah resepi untuk minum petang sebab masakan tengahhari tu tugasan rasmi umi diaorang dan Cik Meya yang rajin improvice lauk-pauk seperti yang dia inginkan. Mujur anak-anak sempat balik sebelum PKP dikuatkuasakan, kalau tidak memang
Bahan-bahan untuk karamel:-
4 – 5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Bahan-bahan untuk puding:-
5 biji telur B (kalau saiz A, 4 biji dah cukup)
400ml @ 1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan air
Cara membuatnya:-
Langkah 1 – masak gula hangus
- Tuang gula ke dalam pan atau periuk dan hanguskan dengan api sederhana. Bila gula dah bertukar keperangan masukkan 1/2 cawan air dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Padamkan api.
- Tuang gula hangus tu ke dalam loyang, bergantung loyang atau saiz bekas ya. Kalau guna bekas kecil, guna 1 sudu jer gula hangus tu. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.
Langkah 2 – sediakan puding
- Pecahkan 5 biji telur dan pukul hingga sebati dan letak tepi sekejap
- Panaskan susu cair dengan api sederhana tapi jangan sampai mendidih
- Masukkan 3 sudu besar gula, 1 cawan air dan dikacau hingga gula larut dan padamkan api
- Campurkan telur dan susu cair yang dipanaskan tu dan di tapis supaya tiada benda asing dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tu.
- Kukus selama 30 – 45 minit dan sekiranya adunan masih cair, tambah masa kukusan sebab tiada tepung yang digunakan jadinya ia akan mengambil masa
- Ambil pencungkil gigi dan cucuk ditengah puding untuk memastikan ianya masak dengan sempurna. Padamkan api dan biar sejuk sebelum diterbalikkan
Kalau tiada pengukus, boleh kukus didalam oven dengan cara waterbath/bain marie dengan meletakkan air di dalam loyang. Tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45 – 50 min dengan suhu 180.
Resepi biskut mazola kacang hijau dan semperit keju yang viral
You must be logged in to post a comment.