Resepi Ayam Percik Kelantan



Sebaran :

 

Resepi Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Jika sukakan sedikit rasa pedas, sediakanlah ayam percik berwarna merah. Sebenarnya susah untuk memdapatkan ayam percik Kelantan di sini kecuali di Restoran Jaring dan Restoran MZ di Chow  Kit. Yang lain lain terutama yang dijual di bazar Ramadhan, tidak mempunyai rasa ayam percik langsung.
Cara penyediaan ayam yang sebenarnya ialah selepas diperap beberapa minit akan terus dibakar. Dibakar pula menggunakan perangan yang diperbuat dari buluh yang dibelah dua tapi tidak sampai putus. Itu kira yang original punya ayam percik Kelantan lah. Tapi kalau di majlis majlis kenduri yang menyediakan lauk ayam percik yang banyak, tentulah lama untuk membakar ayam secara terus dan ayam nanti akan berbau jika lama terbiar. Jadi kita boleh kukus seketika ayam yang diperap dengan bahan perap sebelum dibakar. Pastikan ianya dikukus sehingga masak supaya tiada lagi darah di tulang tulang ayam.

Bahan bahan:
1 ekor ayam – potong 4

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula – kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping – letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.



Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

Ayam Percik Kelantan

Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.

Ayam Percik Kelantan

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Resepi kek karamel pelangi gebu. Nikmat dimakan sejuk

Resepi biskut mazola kacang hijau dan semperit keju yang viral


Sebaran :


Leave a Reply