Polis: Suspek kes pukul pengawal keselamatan tak dapat layanan istimewa



Sebaran :

Polis hari ini menolak tuduhan Senator Muhammad Zahid Md Arip bahawa pasukan itu telah memberikan layanan istimewa kepada suspek yang didakwa menyerang dua orang pengawal keselamatannya.

Zahid, pada satu kenyataan hari ini, menyoal Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador supaya menjelaskan kepada orang ramai mengapa suspek berkenaan dibenarkan mengadakan “sidang media” untuk meminta maaf kepada umat Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Majikan itu disiasat setelah dia dikatakan marah dengan pengawalnya kerana berpuasa. Kedua-duanya kemudian didakwa telah ditampar dan dipukul dengan rotan.



Menjawab tuduhan itu, Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah menegaskan tidak ada layanan istimewa yang diberikan kepada suspek.

Kes BodyGuard Dipukul: Dr. Maza Kata Maruah Agama & Umat Islam Dipijak!

Dia menjelaskan kejadian suspek bercakap kepada media berlaku secara kebetulan ketika suspek melintas di lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, untuk dibawa ke IPD Kelang Selatan.

“Ramai wartawan masih berada di IPD sejurus selesai sidang media Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkaitan isu video raya yang mempromosi judi.



“Suspek yang diambil oleh anggota IPD Kelang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan IPD Kelang Selatan sampai ke perkarangan lobi dan sepintas lalu suspek bercakap begitu sahaja.

“Bukan suspek membuat sidang media. Wartawan juga tidak bertanya apa-apa soalan kepada suspek sebaliknya suspek dengan sendirinya bercakap memohon maaf dalam bahasa Cina dan dipetik oleh wartawan yang ada pada ketika itu,” jelasnya.

Zainal menggesa pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan untuk memanipulasi isu yang melibatkan suspek ini.



Polis tahan 4 individu kes pukul ‘bodyguard’ kerana puasa


Sebaran :


Leave a Reply