Resepi kek karamel pelangi gebu. Nikmat dimakan sejuk


Selamat menyambut bulan Ramadan dan tentunya mak-mak sudah mula sibuk di dapur menyediakan pelbagai juadah berbuka.

Kalau ada hidangan utama, pencuci mulut jangan dilupa. Kek karamel pelangi gebus ini memang cukup enak dijadikan santapan, lebih-lebih lagi jika dihidang sejuk. Memang nyaman tekak.

Jom cuba resipi perkongsian Nor Al Fatihah.

Bahan karamel :

2 sudu besar Gula pasir

Bahan puding :

3 biji Kuning telur A

2 biji Telur A (kuning + putih)

1 tin (390gm) Susu cair/krimer sejat

1/2 cawan Susu pekat manis

1 sudu teh Esen vanila

Bahan meringue :

6 biji Putih telur

3/4 cawan Gula pasir

1 sudu teh Cream of tartar

Bahan kek :

3 biji Kuning telur A

1/2 cawan Gula pasir

1/2 cawan Air

1/4 cawan Minyak masak

1 sudu teh Esen vanila

1 1/2 cawan Tepung gandum*

1 sudu besar Serbuk penaik*

(bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)

Pewarna merah, kuning, hijau, biru, ungu

Cara :

1. Karamel – Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana sehingga perang muda. Jangan kacau, lenggangkan loyang sehingga karamel rata. Sejukkan.

2. Puding – Satukan semua bahan dan kacau dengan whisk. Jangan sampai berbuih untuk mengelakkan puding berongga udara selepas dibakar. Ketepikan.

3. Meringue – Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kental dan bertanduk.

4. Kek – Satukan telur, gula, air, minyak dan esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul lagi sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan dua senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Apabila sudah rata, masukkan dua senduk meringue lagi. Kaup balik dan sebatikan. Masukkan semua baki meringue dan kaup balik lagi sehingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada lima bahagian dan campurkan dengan pewarna.

7. Panaskan oven pada suhu 170°c selama 10 minit.

8. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel. Akan ada bunyi crack, itu adalah bunyi karamel atau gula hangus retak. Ia biasa berlaku.

9. Tuang empat sudu besar adunan kek di tengah puding. Jangan risau, adunan tidak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak di dalam adunan kek, ia jadi ringan dan timbul pada permukaan puding.

10. Selang-selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak empat sudu besar untuk lapisan pertama daripada merah, kuning, hijau, biru & ungu. Lapisan kedua tiga sudu, lapisan keempat dua sudu dan akhir sekali satu sudu.

11. Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar dan isi air panas hingga 1/4 daripada loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung kepada oven masing-masing.

12. Biarkan kek sejuk selama 20 minit sehingga tepi kek lekang atau renggang daripada loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan di dalam peti ais, sedap dimakan sejuk. Utv

Resepi bihun belacan Sarawak hidangan istimewa dan unik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker