Demi kerjaya, Mira Filzah tidak dapat berbuka, sahur dengan suami


PELAKON pular Mira Filzah yang buat pertama kali menyambut Ramadan tahun ini sebagai seorang isteri terkilan kerana tidak dapat lebih kerap berbuka puasa dan bersahur bersama suami, termasuk keluarga.

Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, berkata, disebabkan Perintah Kawapan Pergerakan (PKP) COVID-19, jadual pengambarannya sebelum ini telah dianjak sehingga akhir Ramadan

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 31, yang merupakan seorang arkitek pada 3 September tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Sorry sayang. Terima kasih sebab memahami. Tengok-tengok jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa (disebabkan MCO (PKP) hari itu, bukan salah sesiapa).

“Mungkin tahun ini boleh kira berapa kali sahaja dapat sahur dan berbuka bersama Emir, mak, abah, keluarga lain, atuk dengan opah lagilah… tak dapat balik kampung.

“Saya outstation pula tu. Tak mengapalah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul,” katanya.

Pelakon drama Sweet Dreams ini juga sempat mengimbau kembali pengalamannya bersahur bersama keluarga sebelum bergelar seorang isteri.

Katanya, sebelum ini dia hanya menemani ibunya memasak hidangan untuk bersahur dan berbuka, namun kini perlu membiasakan diri untuk menjalankan tanggungjawab itu.

“Tahun pertama berpuasa sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir… dalam kepala dah set ‘Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat’.

“Tak ada dah bangun-bangun sahur terus makan mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman mak masak.

“Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas. Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan,” ujarnya. Utv

Contoh pelakon bertudung, Amyra ‘inspirasikan’ Mira Filzah!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker