Nik Ezanee mulakan tugas baharu sebagai Ketua JSJ Selangor esok


KETUA Polis Daerah Petaling Jaya, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal akan menerima tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor yang baharu esok.

Beliau menggantikan Datuk Fadzil Ahmad yang ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisis.

Majlis serah terima tugas akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya akan diambil alih oleh Superintendan Unit Siasatan dan Pendakwaan Zon Tengah Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Putrajaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Sementara itu, Nik Ezanee turut menyampaikan rasa terima kasihnya kepada para wartawan yang pernah bekerjasama memberi liputan sepanjang beliau bertugas di Petaling Jaya.

“Rakan-rakan, hari ini hari terakhir saya bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Majlis serah terima tugas akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor esok.

“Kita telah melalui banyak pengalaman bersama dan sokongan anda amat bermakna kepada kami di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Untuk itu saya ucapkan terima kasih,” katanya dalam grup Whatsapp.

Nik Ezanee juga menyifatkan penggantinya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin sebagai pegawai polis yang baik.

“Jadi berikan kerjasama yang baik ya. Jaga diri,” tulisnya diakhir ucapan.

Pada 12 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan melakukan rombakan melibatkan pertukaran pegawai-pegawai kanan di kontinjen negeri dan ibu pejabat polis Bukit Aman berkuat kuasa 12 April.

Senarai pertukaran itu melibatkan 71 pegawai kanan termasuk Nik Ezanee. Utv

Upah polis RM1,000 untuk samun kereta dibeli warga asing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker