Homoseksual: Warganet bangkitkan artikel ‘meragukan’ di laman web KKM


Setelah dikritik berhubung kandungan artikel menyalahkan mangsa dalam gangguan seksual, orang awam kini mempersoalkan laporan lain – kali ini mengenai isu homoseksual – di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat artikel pada 2013 yang mendakwa, wanita akan cenderung menjadi “lesbian” jika mereka seorang yang mementingkan kerjaya.

Ia juga mendakwa, wanita yang “melanjutkan pelajaran” dalam persekitaran majoriti jantina itu akan turut menjadi “lesbian”.

“Apabila wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di mana keseluruhan pelajarnya adalah wanita, mereka seolah-olah ‘terkepung’ untuk mencipta suasana romantis sesama sendiri, seperti dalam asrama pelajar wanita.

“Penyeliaan, perjumpaan sosial sesama wanita juga berkecenderungan membentuk keterbegantungan dan kecintaan antara wanita, untuk satu sama lain.

“Wanita yang mengambil keputusan untuk meletakkan kerjaya mereka melebihi keutamaan lain – meraikan kemerdekaan, lalu menolak peranan kolot di dalam kumpulan masyarakat yang dipaksakan.

“Mereka berpendapat hanya wanita sahaja yang memahami sesama wanita,” menurut artikel itu.

Lapan tahun lalu, terdapat artikel lain yang menyebut bahawa, lelaki lebih cenderung menjadi “pondan” (homoseksual) kerana mereka dibesarkan dalam komuniti yang tidak mengajar mereka tentang identiti seksual.

Kedua-dua laporan itu ditulis oleh pakar akademik yang juga merupakan pakar psikatrik berdaftar.

Ia dimuat naik di portal MyHealth, laman web KKM yang bertujuan untuk mendidik rakyat berhubung pelbagai isu kesihatan.

Homoseksual ‘pilih untuk tidak diterima’

Sementara itu, terdapat artikel mengenai orientasi seksual pada 2012 yang tidak menggalakkan penggunakaan perkataan seperti “pondan”.

Terdapat juga gesaan supaya tidak mendiskriminasikan golongan homoseksual dan memberikan layanan yang adil kepada mereka.

Tulisan itu turut menyebut homoseksual sebagai bukan penyakit mental.

Bagaimanapun, ia menyebut mereka yang tertarik dengan golongan sama jantina akhirnya “menderita dalam diam” ekoran pandangan masyarakat, serta mempunyai risiko lebih tinggi ke arah penyalahgunaan dadah, mengalami masalah kesihatan mental, penyakit kelamin dan berdepan masalah “tingkah laku” .

Ia turut mengalakkan golongan itu mendapatkan bantuan Befrienders- sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada orang awam yang mengalami masalah mental.

“Jika anda memilih heteroseksual anda tergolong dalam kumpulan kebanyakan.

“Jika anda memilih homoseksualiti atau biseksual anda patut sedar yang anda memilih untuk kurang diterima oleh masyarakat,” menurut laporan yang ditulis oleh dua pakar pediatrik itu.

Artikel-artikel itu dimuat naik oleh pengguna ke Twitter, selepas artikel terbaru dipadamkan oleh portal terbabit – yang mendakwa gangguan seksual terjadi kerana mangsa mempunyai badan yang seksi dan menarik, berperibadi menawan, menggayakan pakaian tidak sesuai dan mengamalkan interaksi sosial yang tidak terhad.

Ia turut menasihati wanita tidak berkerja melebihi had jam di pejabat untuk mengelakkan hal demikian berlaku.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham tampil menjelaskan bahawa laporan yang ditulis oleh kaunselor berdaftar itu merupakan pandangan peribadi, meskipun laporan dimuat naik oleh laman web tersebut sejak 2016. Mk

Boleh sahkan videos seks gay juga? Ahli Parlimen tanya Azmin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker