Tahniah dapat tajaan, saya dulu naik penerbangan komersial saja, keluh Mujahid



Sebaran :


Setelah tular video memperlihat Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Mohamad menaiki jet peribadi ke Riyadh, Arab Saudi, bekas penyandang jawatan itu, Mujahid Yusof membandingkan pengalamannya ketika melakukan lawatan yang sama.

Ceritanya, dia hanya menaiki penerbangan komersial dari Jeddah ke Riyadh dan tidak membawa rombongan yang besar.

“Antara kenangan lawatan rasmi saya ke Saudi di Mekah dan di Riyadh dengan menteri agama dan menteri haji. Saya hanya naik penerbangan komersial dari Jeddah ke Riyadh.



“Tiada rombongan besar, hanya pengerusi Tabung Haji dan dua pegawai saya.

“Tahniah menteri hari ini diberi kemudahan tajaan,” ciapnya di akaun Twitter bersama video yang memaparkan lawatannya ke negara tersebut.

Semalam, satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang didakwa menaiki jet peribadi tular di media sosial dan mengundang kecaman.



Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang sememangnya memiliki varian jet korporat.

Bagaimanapun, Zulkifli memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya.

Dilaporkan perjalanan Zulkifli adalah atas undangan Liga Dunia Muslim – NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi. Mk



Mujahid dakwa Mufti Perlis berbohong, Asri nafi menipu


Sebaran :


Leave a Reply