Bekas hakim mahkamah syariah, bekas pemimpin PAS sertai PKR



Sebaran :


Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan penyertaan 15 individu termasuk bekas hakim mahkamah Syariah dan beberapa bekas pemimpin PAS ke dalam parti itu.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Baharum Hasbullah, bekas Adun PAS Dusun Tua, Razaly Hassan, bekas ketua pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad dan bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Seremban, Mohd Rais Mustafa Kamal.

Mereka turut disertai beberapa orang pendakwah, bekas guru agama, bekas imam dan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).



Penyertaan mereka diumumkan Anwar dalam satu sidang media di Negeri Sembilan hari.

Anwar berkata, dia berharap penyertaan mereka akan mendorong lebih ramai golongan pendakwah dan agamawan menyertai PKR.

“Mengapa kita dukung – suntikan penyertaan ulama, agamawan. Ini adalah kerana fahaman kita kepada Islam itu sebagai agama persekutuan.



“Pengisian yang boleh membawa kebaikan, yang mendorong perubahan menolak kebobrokan, rasuah, penyelewengan,” katanya.

‘PKR disokong gerakan Islam’

Sementara itu Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang turut hadir dalam sidang media itu berkata penyertaan mereka membuktikan PKR disokong gerakan Islam.



“Sebenarnya kita Keadilan (PKR) ini sebenarnya disokong oleh gerakan-gerakan Islam yang kita sedia maklum dari awal dulu. Hari ini kita dibuktikan dengan sokongan teman-teman,” katanya.

Katanya ia sekali gus menangkis momokan bahawa PKR merupakan parti yang mendukung fahaman liberal, pluralisme dan sebagainya.

“Jadi sebenarnya memang kita satu parti yang memastikan bahawa gerakan Islam yang mendukung ini, menggerakkan parti ini bersama-sama di samping kita dalam negara yang majmuk harus memikirkan masyarakat yang lain



“Bukan sahaja masyarakat Melayu Islamnya tetapi juga memikirkan masyarakat Cina, India dan pelbagai kaum yang ada di negara kita,” katanya.

Terdahulu, PKR sebelum ini mengumumkan penyertaan dua selebriti ke dalam parti itu iaitu penyanyi Altimet dan pelawak yang juga pelakon Afdlin Shauki. Mk

Anwar Ibrahim seperti Nelson Mandela – Afdlin Shauki


Sebaran :


Leave a Reply