Anak Aliff Syukri hilang di pusat membeli belah ?


Yusoff Hilang, Anak Aliff Syukri Ini Ditemui Di Tempat Yang ‘Unik’

Membeli-belah adalah satu aktiviti yang meyeronokkan kerana ia dapat menghilangkan kebosanan berada di rumah.

Namun aspek keselamatan perlu dijaga jika membawa anak-anak bersama.

Pada 12 April 2021, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.



Ia berkaitan anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi yang telah menghilangkan diri ketika dibawa berjalan-jalan.

Video tersebut menunjukkan keberadaan Yusoff setelah ditemui Datin Shahida.

Melalui caption:-

“Yusoff hilang lagi!!!!





Kalau bawa jalan pantang la kita lepa kejap terus hil4ng…tapi tempat dia dijumpai sangat la unik🤣🤣Baem sampai tutup mata😅”

Menurut beliau, Yusoff sudah pernah menghil4ngkan diri jika dibawa berjalan-jalan.

Tempat anak lelakinya ‘menyorok’ itu juga kelihatan unik kerana berada di kawasan pakaian dalam.

Sementara itu, para pengikut Instagram beliau menulis pendapat mereka pada ruangan komen.



Dengan status Aliff Syukri yang bergelar seorang jutawan, ada juga yang menyarankan beliau menggunakan khidmat bodyguard untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas ini kena lebih berhati-hati ye.



Datuk Aliff Syukri mahu tinggalkan Malaysia? Oklah selamat jalan Datuk..

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker