Rakaman audio sahih! Saya bekas setiausaha sulit Anwar, kata Azmin

Sebaran :


GOMBAK: Rakaman audio perbualan telefon dikatakan antara Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, sahih, kata Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, sebagai bekas setiausaha sulit kepada Anwar, beliau yakin ia suara Ketua Pemangkang itu.

“Saya sebagai pegawai yang telah berkhidmat dengan beliau (Anwar) sekian lama dan merupakan setiausaha sulit beliau, saya yakin itu adalah rakaman yang sahih, yang akan dibuktikan melalui penyiasatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Semarak Malaysia Prihatin dan Penyampain Sumbangan Ihya Ramadhan Parlimen Gombak.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), turut menyifatkan komplot Anwar-Zahid sebagai pengkhianatan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH).



Kesian pihak berkuasa Malaysia – Apa jadi kes video Haziq ?

“Saya kira ini merupakan pengkhianatan yang terbesar dilakukan Anwar Ibrahim bukan saja kepada partinya tapi juga kepada anggota komponen PH kerana secara sulit menjalankan rundingan dan perbincangan,” katanya.

Azmin turut menuntut pihak berkuasa melakukan siasatan segera bagi merungkai kesahihan rakaman audio itu.

“Saya kira ia (proses siasatan) memberikan ruang kepada mana-mana pihak untuk membela diri mereka, kita berharap kedua-dua individu ini jujur, sekurang-kurangnya kepada ahli parti masing-masing,” katanya.

‘Video Azmin pun tak dapat sahkan, ini pula rakaman perbualan’

Kontroversi terbaharu Anwar-Zahid muncul selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) akhir bulan lalu, yang memberi tanggapan mereka sedang bekerjasama.



Dalam ucapan dasarnya pada PAU2020 bulan lalu, Zahid mengumumkan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang. FMT

AMK nafi menyokong penuh Azmin dalam isu video Haziq.


Sebaran :

Leave a Reply