‘Video Azmin pun tak dapat sahkan, ini pula rakaman perbualan’


Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik berkata, ramai di antara ahli Umno terperangkap dengan mainan musuh sehingga cuba untuk menjadi pakar yang mengesahkan audio rakaman mirip suara Presiden mereka.

Sedangkan katanya, skandal video intim Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah tersebar sebelum ini masih tidak dapat disahkan walau disiasat oleh pakar forensik luar negara.

Namun beliau berkata, masih ada ahli Umno yang dengan mudah mendakwa audio rakaman yang tular sejak Rabu itu adalah tulen.

“Bila dapat klip audio ini, puak-puak benci Zahid macam menang loteri. Melompat terkinja-kinja seronok.



“Dalam keadaan laporan baru nak dibuat, dah ada ahli Umno yang mengesahkan bahawa itu suara sebenar. Ramai yang nak jadi polis.

“Tak timbul pula masa cerita pasal semburit dulu. Siasat sampai luar negara tapi masih tak dapat sahkan,” katanya dalam satu siaran langsung Facebooknya semalam.

Apa yang lebih malang kata Rafi, ramai pemimpin Umno sendiri yang terperangkap dengan percaturan musuh sehingga menyatakan desakan secara terbuka untuk Ahmad Zahid mengundur diri.

Beliau berkata, sepatutnya ahli Umno mendesak individu dari parti rakan untuk meletakkan jawatan dan bukannya mendesak Presiden sendiri.



“Kenapa tak desak Muhyiddin letak jawatan? Kenapa tak desak Azmin letak jawatan. Sepatutnya kita orang Umno ini kena desak geng belah sana untuk letak jawatan, bukannya mendesak pemimpin sendiri.

“Kalau kata tak suka Zahid, tunggu pemilihan. Kenapa suruh berhenti sekarang,” katanya lagi. MD

Sandakan bukan kali pertama – Haziq Aziz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker