AMK nafi menyokong penuh Azmin dalam isu video Haziq.

Share


Isu video: AMK nafi kenyataan Naib Ketuanya

AMK Malaysia dukung penuh keputusan Biro Politik berhubung penularan video seks

Merujuk kepada satu laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, saudara Nazree Yunos yang bertajuk ‘AMK Sokong Azmin’, AMK Malaysia menafikan kenyataan tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh AMK Malaysia dan hanya merupakan pandangan peribadi saudara Nazree Yunos.

Mesyuarat yang diperkatakan Saudara Nazree Yunos bukanlah mesyuarat rasmi AMK Malaysia, tetapi hanyalah pertemuan yang dianjurkan oleh saudara Hilman Idham.

Adalah dimaklumkan bahawa AMK Malaysia mendukung penuh keputusan Biro Politik berhubung isu penularan video seks luar tabii yang dikaitkan dengan dua individu dari PKR.

AMK Malaysia percaya ketetapan yang dibuat Biro Disiplin dan dipersetujui secara konsensus oleh Biro Politik PKR adalah keputusan terbaik dalam menyelesaikan kemelut yang sedang mendapat perhatian umum ini.

AMK Malaysia juga menyeru agar semua anggota PKR untuk menghormati dan akur kepada keputusan parti.

Dengan ini anggota PKR di semua peringkat dapat kembali fokus kepada agenda reformasi dan terus memperkasa agenda Malaysia Baharu.

Sekian.

Ahmad Syukri Che Ab Razab

Setiausaha AMK Malaysia

– UTUSAN ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *