‘Saya maafkan, tapi saya takkan lupa’ – Chef Wan

“Saya maafkan anda berdua, tapi sebagai bapa, saya tak akan lupakan apa yang anda berdua lakukan terhadap saya.”

Demikian kata chef selebriti popular, Chef Wan, 63, yang jelas terluka dan kecewa dengan tindakan anaknya yang juga pelakon, Serina Redzuawan membelakangkannya apabila melangsungkan pernikahan dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid.

Namun, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail tetap merestui perkahwinan Serina dan mendoakan kebahagiaan anaknya itu dengan suami.

Bagaimanapun, menurut Chef Wan, Serina harus menanggung sendiri kesan akibat perbuatannya dan tidak perlu mempersoalkan tindakannya untuk mendedahkan kebenaran.

“Buat segala cara betul dan jangan sesekali membelakangkan mak bapa! Sendiri buat sendiri tanggunglah. Bertahun-tahun Serina sakiti saya dengan semua sejarah dan hubungan lampau anda. Cukup-cukuplah,” katanya.

Menurutnya, mereka patut lebih tahu mengenai kesannya.

“Mari tutup bab ini dan tak payah salahkan orang luar konon fitnahkan anda berdua. Itu sebab jika nikah cara jujur, tak adalah orang nak fitnah dan bersangka buruk,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan Aidid. Serina turut menafikan mereka bernikah di Thailand, sebaliknya ia dijalankan di Perlis.

Dia turut menafikan Aidid berstatus suami orang sebaliknya adalah seorang duda.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka

bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.

‘Saya tak bantah, tapi kena siasatlah siapa calon suaminya’ – Chef Wan

 

Chef Wan mengakui beliau menangis selepas dibanjiri pelbagai tohmahan berhubung kisah pernikahan anaknya pelakon, Serina Redzuawan, semalam.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, 63, berkata, dia terkilan apabila diketepikan dalam urusan pernikahan anaknya itu dan menyifatkan Serina hanya mementingkan diri.

“Saya tidak pernah membantah hasrat Serina nak berkahwin, sebaliknya mahu dia benar-benar menyiasat calon suaminya terlebih dulu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Chef Wan berkata, dia juga kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak tahu hujung pangkal menyerangnya secara terbuka kononnya dia tidak membenarkan Serina berkahwin.

“Sejak mula saya tidak pernah membantah pun. Saya siap bergurau lagi dan suruh dia bersabar untuk beberapa bulan lagi. Kenalah siasat dulu sebelum nikahkan mereka. Akhirnya ada orang beritahu saya mereka sudah nikah di Siam (Thailand).

Chef Wan menegaskan dia mempunyai hak untuk bersuara dan menjelaskan kebenaran mengenai perkara itu. Dia tidak mahu perkara itu terus tersebar dan bertukar fitnah.

“Berhenti salahkan saya kononnya aibkan anak nikah di Thailand. Anda tak terfikir saya ada hak untuk jujur menjelaskan dan menyampaikan kebenaran? Tak cerita macam-macam fitnah nanti keluar dan orang akan mengumpat dan mengata macam-macam hingga ditokoktambah. Sedangkan sudah cerita pun masih ada menuduh konon saya tak bagi restu,” katanya.

Chef Wan berkata, perkara ini sepatutnya menjadi teladan buat masyarakat yang berdepan isu kekeluargaan.

Menurutnya, perkara yang salah tetap salah.

“Inilah kisah anak-anak kita yang degil, kepala macam batu! Ia terjadi kepada ramai keluarga di luar sana pun sebelum ini. Bukan saya seorang saja. Apabila buat kesalahan begitu, belajar supaya keluarga lain ambil teladan daripada sifat pendek akal dan pentingkan diri sendiri itu. Ini pengajaran buat semua terutama anak-anak muda. Jangan jadikan perbuatan mereka yang tak betul itu betul,” katanya.

Semalam, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan anaknya, Serina daripada kakaknya. Beliau turut mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Ia susulan selepas Serina mengumumkan sudah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya yang juga seorang anggota polis dikenali sebagai Aidid, semalam. Menurutnya, majlis pernikahannya itu dibuat secara tertutup.-HM

“Hati Saya Ibarat Dipanah Petir”.. Anak Kau Dah Kahwin Kau Tak Tau? – Cef Wan Tak Tahu Serina Dah Menikah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker