Polis Australia rampas 63kg ‘ice’ bernilai RM60 juta dari Malaysia


PETALING JAYA: Polis Sydney membuat rampasan dadah methamphetamine bernilai kira-kira RM60 juta yang dilaporkan dari Malaysia.

Dadah yang juga dikenali sebagai ‘ice’ itu ditemui dalam lapisan kayu yang direkodkan dalam konsainan kapal sebagai sebagai ‘baldi mop,’ kata Polis Persekutuan Australia (AFP).

Australian Mail Online melaporkan dua lelaki yang kerakyatannya tidak didedahkan telah mengimport ‘ice’ seberat 63kg itu.

Methamphetamine itu dimampatkan dan disembunyikan dalam 18 lapisan papan berkenaan.

Pemangku komander jenayah AFP, Geoff Turner berkata walaupun penjenayah menggunakan kaedah ‘kreatif’, pihak berkuasa perlu sentiasa sentiasa lebih bijak daripada mereka dengan menggunakan kemajuan teknologi untuk menangkap pelaku ketika melakukan jenayah.

“Kami komited untuk menghalang dadah berbahaya ini daripada sampai kepada masyarakat kita seterusnya membahayakan rakyat Australia,” katanya.

Menurut laporan itu, selepas dadah berkenaan pertama kali dikesan pada Mac, pegawai AFP membiarkannya dihantar dengan dipantau ketat ke satu alamat di Guildford West, Sydney Khamis lalu.

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan ketika menerima barangan itu. Susulan itu, seorang lelaki berusia 36 tahun turut ditahan.

Kedua-duanya didakwa kerana memiliki dadah berkenaan, iaitu kesalahan yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Dua lelaki itu dihadapkan ke mahkamah di Sydney semalam dan tidak dibenarkan jaminan.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) berkata, pegawainya maklum mengenai taktik baharu digunakan penyeludup untuk membawa masuk dadah ke negara itu dari luar. FMT

Captagon dadah jenis baharu – Ayob Khan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker