Majlis pertunangan Ifan Seventeen dan Citra Monica dihadiri bapa arwah isteri

Pasangan ini dijangka akan bernikah pada Mei 2021. (Gambar Instagram)

Vokalis dari kumpulan band popular Indonesia, Ifan Seventeen telah sah bertunang dengan model, Citra Monica pada 6 April seperti yang diungkap dalam unggahan terbaharunya di laman Instagram.

Melalui ruangan kapsyen, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah memaklumkan bahawa dia dan Citra Monica telah bertunang.

Melalui dua keping gambar yang dimuat naik, salah satu darinya turut menunjukkan jari manis Citra tersarung sebutir cincin.

Ifan turut terharu apabila bapa arwah isterinya, Supriyanto turut hadir di hari bersejarah tersebut.



“Sejujurnya saya benar-benar terharu. Papa tiba di Jakarta pagi ini. Dia bersama pemandu bertolak dari Ponogoro malam tadi,” ujar Ifan yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan keluarga Dylan.

Malah, kehadiran bapa Dylan turut mengurangkan kesedihan Ifan kerana kedua ibu bapanya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.

“Dia tahu ibubapa saya tidak dapat hadir, sebab itu dia datang. Saya juga yang minta dia datang. Saya benar-benar terharu,” ujar Ifan.

Kedua pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membantu melancarkan majlis pertunangan mereka.



Sebelum ini, Ifan turut memuat naik gambar memperlihatkan dia bersama sembilan dulang hantaran berona putih. Pasangan ini dijangka akan bernikah pada Mei 2021.

Hubungan cinta vokalis Seventeen ini bersama Citra sememangnya telah sedia maklum apabila keduanya dilihat semakin mesra dan sering berkongsi gambar dan aktiviti mereka di laman Instagram masing-masing.

Ifan sebelum ini pernah berkahwin dengan Ghea Astrid Gayatri pada 2006 namun bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Rania Dzaqira.

Setelah bercerai dengan Ghea, Ifan kemudiannya berkahwin dengan Dylan Sahara pada November 2016. Namun, Dylan meninggal dunia dalam bencana tsunami di daerah Anyer, Pandeglang, Banten pada 22 Disember 2018, sehari sebelum hari ulang tahunnya yang ke-26.



Citra juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang puteri yang telah meningkat remaja.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker