Ganti Puasa…“Sibuk Tanya Orang, Janna Dah Habis Ganti ke??!!” Janna Nick ‘Disoal’ Netizen

Muat naik gambar berbaju kurung, Janna Nick ingatkan peminat untuk ganti puasa

Kebelakangan ini, pelakon popular yang sering dikaitkan dengan percikan isu sensasi Janna Nick atau dengan nama sebenarnya Nurul Jannah Munir kali ini berjaya menambat hati peminatnya semula setelah memuat naik satu hantaran gambar beliau berbaju kurung berserta senyuman manis yang terukir, ‘cuba’ berinteraksi bersama peminatnya menerusi laman Instagram miliknya.

Menjelang bulan ramadan yang bakal kunjung tiba tak lama lagi, Janna Nick juga telah mengambil kesempatan bagi mengingatkan para peminatnya untuk menggantikan puasa sebelum memasuki bulan yang penuh barakah itu.

Hasil hantaran yang dibuat telah berjaya meraih sebanyak 12 ribu tanda suka dan 194 komen yang ditinggalkan sebelum dilimitkan komen di ruangan terbabit.

Hal yang demikian mungkin kerana kritikan dan kecaman yang sering diterimanya dahulu, beliau telah mengambil kesempatan untuk tidak menghiraukan kecaman yang ‘kemungkinan’ bakal diterima oleh dirinya itu.

Janna Nick yang juga mengakui dirinya sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon baharu berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann juga telah menjadi bahan ‘usikan’ antara peminat menerusi komen yang ditinggalkan di Instgram milik beliau.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat mengagumi kecantikan dan keayuan beliau yang manis dilihat setelah mengenakan sepasang baju kurung berwarna biru gelap.

Siapa tak cair tengok wajah manis Janna Nick bila senyum kan? Peminatnya juga turut mendoakan agar ibadah pada puasa kali ini dapat dijalankan dengan penuh istiqomah serta dapat memperbanyakkan lagi amal ibadah berbanding tahun yang sebelumnya.-HotFM

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Janna Nick

[VIDEO]Caprice Tegur Janna Nick, Harap Sedar Diri – “Lain Orang Lain Taste, Kita Kena Hormat Je”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker