[VIDEO]Caprice Tegur Janna Nick, Harap Sedar Diri – “Lain Orang Lain Taste, Kita Kena Hormat Je”

KONTROVERSI membabitkan isu ‘Lisa Blackpig’ yang dikaitkan dengan pelakon Janna Nick turut menarik perhatian penyanyi rap Caprice.

Menurut Caprice, situasi yang berlaku sejak hujung minggu lalu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia khususnya dalam kalangan peminat selebriti Korea

“Apabila perkara ini viral, ia boleh mencemarkan imej Malaysia dan orang Malaysia,” katanya



Menerusi perkongsian video di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, turut berpesan supaya menghormati hak dan minat orang lain

Ujarnya, sebagai selebriti Janna seharusnya lebih sensitif kerana kerjaya dalam bidang seni memerlukan sokongan peminat.

“Sebagai artis, kita kena sedar yang kita pun ada peminat, sama macam artis Kpop… mereka ada peminat.



“Tanpa peminat siapalah kita.

“Kita kena hormat peminat orang lain juga, lain orang lain taste babe!” katanya.

Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya menjadi trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.

Ia berikutan aktres itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telelem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.



Menurut Caprice, apabila isu sebegini viral sampai ke Korea, ianya boleh mencalar imej serta nama baik orang Malaysia.

Sebagai seorang artis yang mempunyai peminat, mereka harus sedar tanpa peminat siapalah artis tersebut. Jadi, Caprice menasihati public figure supaya saling hormat menghormati.

Peminat Wakili Janna Nick? Mohon Maaf Kepada BLACKPINK



Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Caprice ini. Netizen beranggapan untuk dihormati, seseorang hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop-mSTAR

[VIDEO] “Bertaubatlah!” Sound So Sweet …Deep-Penyanyi RAP Caprice Ulas Isu Sajat Dikasari Dan Digari Oleh JAIS. Makan Dalam Bro..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker