Peminat Wakili Janna Nick? Mohon Maaf Kepada BLACKPINK

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon dan pengacara Janna Nick tular di media sosial berikutan dia dikatakan telah mempersendakan anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa.

Imej Malaysia Terjejas?

Bagaimanapun, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,26 menafikan dakwaan tersebut dan telah membuat laporan polis berikutan dirinya menerima kecaman yang teruk di media sosial.

Susulan daripada itu, peminat-peminat K-POP di tanah air turut mendakwa bahawa imej Malaysia telah terjejas dan kononnya ada diantara mereka telah ‘dibuang’ daripada terus sertai kelab peminat artis.

Pelajar Malaysia di Korea dakwa dibuang dari ‘group’ belajar kerana isu Janna Nick?

Peminat Mohon Maaf, Hanya Rekaan 

Tambahan lagi, mereka turut mewujudkan tanda pagar #SorryFromMALAYSIA yang ingin mewakili Janna dan Malaysia memohon maaf kepada kumpulan BLACKPINK dan beberapa pihak lain atas insiden yang terjadi sebelum ini.

Meskipun begitu, segelintir peminat turut menganggap tanda pagar yang diwujudkan itu seperti tidak perlu malah berita mengenai imej negara serta mereka dibuang daripada kelab peminat juga didakwa hanyalah rekaan semata-mata untuk menularkan isu tersebut.-Murai.my

[VIDEO] “Blackout Terus Aku Dengar” – Geng Wanita Menyanyi Lagu Blackpink Ini Buat Ramai Sakit Kepala 💆‍♂️

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker