Projek runding terus: MOT buat laporan polis terhadap Sabahkini2


Kementerian Pengangkut an (MOT) membuat laporan polis terhadap blog Sabahkini2, susulan satu artikel blog itu yang mengaitkan Ketua Setiausahanya membuat rundingan terus, bagi projek di bawah kementerian.

Menurut kenyataan hari ini MOT yang menepis fitnah yang dilemparkan blog berkenaan, turut memaklumkan kementerian itu akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Bagi menepis dakwaan artikel itu, MOT menjelaskan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab meluluskan perolehan secara rundingan terus, bukannya kementerian pelaksana.

“Iklan tender bagi Perolehan 10 Set (6 Car) Electric Train Set (ETS) Baharu dipamer pada 23 Jan 2020. Selepas tutup tempoh tender, hanya tiga petender yang mengemukakan cadangan dan Laporan Penilaian Tender telah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan pada 23 Jun 2020.
“Kesemua petender tidak mencapai markah lulus bagi penilaian kewangan dan teknikal, kerana tidak mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam dokumen tender,” menurut kenyataan itu.



Oleh itu MOT menyatakan, kerajaan mencadangkan proses secara rundingan terus kerana tiada petender yang lulus, memandangkan proses tender semula akan mengambil masa serta kesukaran mendapat syarikat yang berdaftar di bawah kategori pembuatan tren.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menetapkan anggaran jabatan bagi perolehan projek itu dengan RM587 juta, tetapi perolehan secara rundingan terus dengan syarikat yang dianugerahkan kontrak adalah RM456 juta, iaitu penjimatan RM131 juta.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan blog Sabahkini2 pada 1 April lepas bertajuk, “Dulu di MOTAC disiasat SPRM, kini di MOT KSU buat ‘Runding Terus KTMB’ untuk kroni?”. BERNAMA

SPRM tahan 5 individu termasuk timbalan ketua pengarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker