PM tekan Abang Jo untuk tunjuk sokongan terhadap PN?


KUCHING: Seorang penganalisis politik berpendapat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memberi tekanan kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg untuk secara jelas menyatakan Gabungan Parti Sarawak menyokong penuh Perikatan Nasional.

Azmi Hassan, yang juga bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, sokongan padu dari GPS adalah kritikal untuk PN untuk menunjukkan bahawa masih ada peluang kepada mereka membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

“Bila Muhyiddin berkata ia akan menyerahkan Abang Johari untuk menentukan sama ada partinya akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak, beliau sebenarnya memberikan tekanan kepada Abang Johari untuk membuat keputusan, menunjukkan bahawa gabungan kerajaan negeri teguh di belakang PN,” katanya kepada FMT.

“Sebaliknya, sebagai presiden PPBM Muhyiddin sepatutnya yang membuat keputusan itu,” katanya.

Minggu lalu, perdana menteri berkata keputusan sama ada PPBM akan bertanding pada PRN Sarawak terletak kepada keputusan ketua menteri dan pemimpin Sarawak yang lain.

Azmi berkata pendekatan parti GPS sangat pragmatik. Mereka hanyalah rakan kepada PN dan bukannya parti gabungan. Maka, katanya, tiada jaminan mereka akan terus menyokong PN walaupun selepas PRU15.

“Sebab itulah perdana menteri mahu GPS untuk menyatakan sokongan kuat mereka terhadap PN atau PPBM,” katanya.

Penganalisis lain, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata Muhyiddin dikatakan sememangnya percaya Abang Johari dapat membuat keputusan yang terbaik untuk Sarawak.

Beliau berkata perdana menteri sudah menjelaskan bahawa meletakkan GPS disampingnya adalah untuk mencapai kemenangan bergaya dan agihan kerusi adalah perkara kedua. Ini bermaksud beliau membenarkan Abang Johari untuk membuat keputusan akhir, tambahnya.

“Sudah tentu Muhyiddin mahu PPBM bertanding di Sarawak untuk mengukuhkan kedudukannya tetapi beliau perlu menghormati Abang Johari bagi mengekalkan hubungan baik dengan Sarawak.” FMT

Muhyiddin sambil berdoa tekan orang, kata Mahathir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker