Kapten Kapal Mesir dakwa dijadikan kambing hitam insiden kapal kontena terkandas

 

Kaherah: Marwa Elselehdar, 29, yang juga kapten kapal pertama di Mesir mendakwa dijadikan kambing hitam dan dipersalahkan atas insiden kapal kontena yang terkandas di Terusan Suez.

New York Post melaporkan, Marwa, bertugas di atas kapal Aida IV di perairan Iskandariah dan berada beratus-ratus kilometer dari lokasi kejadian ketika kapal kontena MV Ever Given tersekat di terusan berkenaan.

Malangnya, berita palsu di internet mendakwa Marva yang menyebabkan kapal itu tersekat selama seminggu sebelum diapungkan semula.

“Saya terkejut dan fikir mungkin mereka menjadikan saya sebagai sasaran hanya kerana seorang kapten wanita atau mungkin kerana saya orang Mesir, saya tidak begitu pasti,” katanya.

Sehingga kini, identiti kapten kapal MV Ever Given belum didedahkan namun pegawai-pegawai Mesir memberitahu, insiden kapal tersadai itu mungkin disebabkan oleh kecuaian manusia.

Marwa berkata, desas-desus tentang pembabitannya dalam insiden kapal tersadai itu tercetus susulan tangkap layar daripada berita yang disiarkan akhbar Arab News.

Berita palsu itu juga menyebabkan dia diejek dan dijadikan bahan jenaka.

“Komen-komen pada artikel itu juga berbaur negatif dan kasar, namun saya juga ada menerima komen yang positif daripada individu yang bekerja dengan saya,” tambahnya

Pakar sejarah sangkal insiden Terusan Suez disebabkan sumpahan Firaun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker