Shahrir anggap Saifuddin ada ijazah 'sarjana' bidang lompat parti — MYKMU.NET

Shahrir anggap Saifuddin ada ijazah ‘sarjana’ bidang lompat parti



Sebaran :


Seorang veteran Umno hari ini secara sinis melabelkan pemimpin Bersatu, Saifuddin Abdullah, sebagai “pakar lompat parti” yang gagal menelaah kedudukan Umno dalam BN yang dianggap dominan dalam gabungan itu.

Dalam nada menyindir Shahrir Samad menganggap menteri komunikasi dan multimedia itu memang pakar mengenai BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau ikut tahap kelulusan akademik, dia dah sarjana dalam bidang lompat parti.



“Mula-mula (menjadi ahli parlimen) Umno-BN, kemudian PKR-PH, seterusnya PPBM (Bersatu) PN.

“Satu (kali) lagi lompat, dah bolehh dapat PhD,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Untuk rekod Saifuddin bermula sebagai ahli parlimen BN dan pernah dilantik menjadi timbalan menteri pengajian tinggi sebelum melompat menyertai PKR.



Dalam parti barunya itu dia diberi peranan besar termasuk suatu ketika mengetuai sekretariat PH selain dilantik menjadi menteri luar selepas PRU ke-14 lalu.

Ahli parlimen Indera Mahkota itu bagaimanapun menyertai kumpulan Azmin Ali untuk berpaling tadah meninggalkan PKR dan membawa kepada jatuhnya kerajaan PH di sebalik mandat yang diterima daripada pengundi pada 2018.

Teliti perlembagaan sebelum cakap



Saifuddin kemudian bersama bekas ahli parlimen PKR yang lain menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Dia kini turut dilantik menjadi pengerusi PN Pahang.

Pada 3 April lalu, Saifuddin mendakwa PN sedang membangunkan gabungan besar parti-parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baru negara.

Katanya PN belajar daripada kelemahan BN dan PH bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan dominasi satu parti.



“Dalam BN, Umno parti dominan. Jawatan utama BN – pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha agung, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda, ketua penerangan – semuanya dipegang Umno.

“Dalam PN, ia dikongsi sesama parti komponen,” katanya.

Menurut Shahrir, Saifuddin sebenarnya masih melakukan kesilapan apabila menganggap Umno sebagai dominan.



Kata bekas menteri berkenaan walaupun jawatan ketua dalam BN dipegang Umno namun semua keputusan dibuat atas persetujuan sebulat suara atau secara konsesus kecuali dalam isu disiplin dan isu undang-undang.

“Jadi kalau dah ijazah sarjana pun dalam amalan lompat parti, kenalah juga teliti perlembagaan BN sebelum bercakap,” katanya. Mk

Bagi ‘durjana politik’ segalanya boleh dirunding – Shahrir Samad


Sebaran :


Leave a Reply