UMNO Selangor kerjasama dengan PAS, tolak Anwar, DAP

Umno Selangor mengadakan perbincangan dengan PAS untuk memperkukuh kerjasama mereka sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, selain menolak hubungan dengan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan DAP, kata pemimpin negeri parti itu hari ini.

Noh Omar berkata, pendirian itu sejajar dengan keputusan kepemimpinan parti mengenai dasar “No Anwar No DAP”.

“Di Selangor kita akan terus memperkukuh Muafakat Nasional (MN), manakala di peringkat Parlimen pula kita terus mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahunya dalam pertemuan pada Khamis bahawa beliau terbuka dan positif berhubung kerjasama Umno-PAS di Selangor.

Hadi juga bersetuju untuk memastikan PAS mempertahankan kerajaan pusat pimpinan PN nasional, selain terus memperkukuhkan MN.

PAS dan PPBM merupakan sekutu dalam gabungan PN, yang membentuk kerajaan persekutuan dengan sokongan Ahli Parlimen Umno dan parti lain.

MN ditubuhkan oleh Umno dan PAS, yang kemudiannya menerima PPBM sebagai anggota tahun ini. FMT

Mahathir tolak Anwar, hanya kerjasama dengan Dap dan Amanah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker