Tidak pakai pelitup muka, adakah Muhyiddin akan dihukum?
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mempersoalkan sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihukum atau tidak kerana melanggar peraturan wajib memakai pelitup muka.
Muhyiddin didapati tidak memakai pelitup muka di sebuah hotel di Putrajaya pada 31 Mac semasa mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional (PN) Johor.
Menurut Guan Eng, Muhyiddin bukan sahaja harus didenda tetapi juga wajar meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana gagal memimpin dengan teladan.
“Ini akan menjadi ujian sama ada Kerajaan PN serius terhadap pematuhan COVID-19 SOP atau sebenarnya kerajaan antara dua darjat.
“Atau adakah Muhyiddin akan dilepaskan begitu sahaja sama seperti Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang gagal memakai pelitup muka dengan betul semasa menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-75 RTM semalam?” soal beliau.
Guan Eng tidak menolak salah satu sebab kegagalan pengurusan krisis kesihatan awam COVID-19, yang menyebabkan lonjakan jangkitan yang tidak terkawal dan tidak terhalang semasa gelombang kedua akhir tahun lalu, adalah amalan dua darjat dalam penguatkuasaan antara rakyat biasa dan VIP, terutamanya Menteri.
“Kegagalan pengurusan krisis oleh PN menyebabkan Malaysia mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi di ASEAN dari segi per kapita.
Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan telah mengatakan pelanggar peraturan ini boleh dikenakan denda RM1,500 di bawah sistem hukuman tiga peringkat, dengan kompaun maksimum adalah RM10,000 dan RM50,000 untuk syarikat.
Telah tersebar di media sosial tentang kompaun RM10,000 yang dikenakan kepada seorang rakyat biasa di Tanjung Piandang, daerah Kerian di Perak, kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Kementerian Kesihatan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap kompaun melampau RM10,000 yang berlaku dalam masyarakat luar bandar ini.
“Adakah tindakan dan kompaun serupa akan dikenakan terhadap Muhyiddin kerana gagal memakai pelitup muka?” tegas beliau.
“Namun akhir-akhir ini, dengan kelesuan pandemik, SOP yang mengelirukan dan mesej yang bercampu-campur, serta kepercayaan awam yang mula terhakis telah menambah risiko masyarakat menjadi kurang patuh walaupun ada denda yang lebih tinggi,” katanya. MD
Kekal pakai pelitup muka, patuh SOP meski sudah ambil vaksin – KJ
You must be logged in to post a comment.