4 termasuk kanak-kanak mati ditembak di California


ORANGE (AMERIKA SYARIKAT): Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, mati ditembak di sebuah bangunan pejabat di California Selatan, semalam.

Polis memaklumkan, penyerang yang motif tindakannya itu masih belum diketahui, kemudian ditembak oleh seorang anggota mereka.

Seterusnya, menurut pihak berkuasa, suspek lelaki itu dibawa ke hospital tetapi keadaannya tidak dapat dipastikan, setakat ini.

Polis tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai mangsa, namun memberitahu bahawa seorang lagi individu telah dimasukkan ke wad untuk rawatan.

Insiden tercetus kira-kira jam 5.30 petang di tingkat atas sebuah bangunan pejabat kecil di bandar Orange.

Los Angeles Times melaporkan, polis dan suspek berbalas tembakan dalam kejadian itu.

“Keadaan sudah stabil dan tiada ancaman kepada orang awam,” menurut Jabatan Polis Orange menerusi satu hantaran dalam Facebook pihak berkuasa itu.

“Mengerikan serta menyayat hati. Kami bersimpati dengan keluarga yang terkesan dengan tragedi dahsyat, malam ini (semalam),” kata Gabenor California, Gavin Newsom, dalam Twitter beliau. – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker